Make your own free website on Tripod.com

DEKORASI DALAMAN DAN LANSKAP

Home
TIPS
SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SAYA

PENGENALAN
 
UBAH KONSEP KEDIAMAN UNTUK ELAK JEMU

Melangkah ke kediaman Kak Zie yang terletak di Taman Berjaya, Batu Caves, bahang panas di luar rumah segera hilang apabila lalu di bawah pergola beratap lutsinar yang diredupkan oleh kehijauan pokok pasuan jenis berdaun di kiri kanannya.

Sebaik tiba di anjung rumah, jelas kedengaran deruan air pancur yang dikelilingi pokok-pokok, antaranya paku rusa, elephant fern, rattle snake, tomato cocco dan haleconia. Inilah yang membuatkan rumah ini cukup istimewa. Rimbunan pokok berdaun cukup menyegarkan, terutama pada waktu pagi ketika cahaya matahari menyinari titisan embun yang melekat di daun.

Di anjung rumah, tersedia dua buah kerusi dan meja kopi. “Kalau kawan-kawan datang, di sinilah kami lepak. Seronok duduk di sini. Kalau hujan, kita nampak air turun di hujung sana, cantik,” kata Kak Zie. Sebab itulah Kak Zie amat memberi tumpuan kepada halaman dan anjung rumahnya, tempat mengeratkan ikatan sesama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Meninjau ke dalam rumah pula, warna-warna semula jadi menguasai suasana. Warna hijau lembut digunakan pada dinding ruang tamu, dipadankan dengan sofa fabrik warna krim. Bersebelahan ruang tamu ialah ruang menonton yang menempatkan sofa kulit warna kuning langsat dengan meja kopi dan kabinet televisyen daripada kayu jati dan langsir bertema floral yang menampakkan gaya Inggeris.

Menurut Kak Zie, dia baru sahaja mengubah konsep hiasan dalaman rumahnya. Dalam masa lapan tahun menghuni rumah teres dua tingkat ini, ini merupakan kali ketiga dia mengubahnya. Kata Kak Zie, dengan mengubah konsep dapat mengelakkan rasa jemu.

Sebelum membeli perhiasan baru, barang-barang lama dijual dengan harga yang cukup murah kepada rakan-rakannya. Ruang makan pula dilengkapi meja makan lapan kerusi, yang dipisahkan dengan ruang tamu oleh meja konsol pada satu sisi dan sepasang kerusi berlengan pada sisi yang bertentangan. Turut menghiasi ruang makan ialah almari hias yang dipenuhi koleksi pinggan mangkuk kesayangannya.

Jika di luar rumah dipenuhi pokok pasuan, begitu juga halnya di dalam rumah. Namun tidak semua pokok hidup, sebaliknya Kak Zie turut menggunakan bunga tiruan yang sesuai untuk menghidupkan suasana. Kak Zie bertuah kerana suami dan anak sentiasa memberi kerjasama dan sokongan, begitu juga dengan rakan-rakan yang sering bertandang.
 
 

image362.jpg

image361.jpg
KEINDAHAN MENAWAN PERASAAN

Memilih hiasan dan aksesori yang sesuai untuk kediaman memerlukan pemerhatian yang teliti. Jika anda berhasrat untuk memberi perubahan di sudut kediaman, tampilkan hiasan yang bergaya agar ruang tampil berkarakter. Sekiranya lukisan menjadi pilihan, kunjungan ke ruang pameran Home Artistry pasti tidak mengecewakan.

Anda dapat meneliti lukisan berbingkai indah yang sesuai untuk menghiasi kediaman serta ruang pejabat. Karya seni tulen yang dibingkaikan ini terdiri daripada lukisan abstrak, bunga-bungaan dan taman, landskap, sukan, figuratif, moden dan kontemporari.

Setiap karya seni yang dipamerkan dibeli hakciptanya daripada pelukis ternama dari negara Eropah dan Amerika Utara. Ia bukanlah hasil reproduksi atau dicetak semula. Bagi memastikan hakcipta pelukis tepelihara, pengeluar membayar royalti kepada pelukis yang menghasilkan karyanya.

Setiap karya seni ini mempunyai nilai artistik yang tinggi kerana menggunakan kemahiran tangan dan menampilkan gaya pada ruang kediaman. Sesungguhnya lukisan yang dipamerkan memberi kedamaian kepada jiwa dan keceriaan yang berpanjangan. Ia tampil unik dan eksklusif. Pastinya tetamu dan rakan yang meninggalkan kediaman anda pulang membawa perasaan gembira serta memori apabila melihat karya seni tersebut.
 
 
NAMA PEMBANGUN: MOHD ZAKI BIN ZAKARIA
 
 
NO.TEL: 0125401396
 
ALAMAT: NO.84,LRG 5 TMN BERKAT,
               34700 SIMPANG,TAIPING,
               PERAK DARUL RIDZUAN.

image342.jpg
PAGOLA BERATAP LUTSINAR

image327.jpg
RUANG TAMU IDAMAN