Make your own free website on Tripod.com

DEKORASI DALAMAN DAN LANSKAP

TIPS

Home
TIPS

zaki.jpg
DAPUR PILIHAN HATI

Mempunyai dapur yang cantik, bersih dan kemas semestinya menjadi pilihan setiap wanita. Melihat dapur yang rapi, semangat untuk memasak juga datang dengan cepat. Jika anda sudah mempunyai dapur yang cantik, anda perlu tahu bagaimana menjadikan ia tempat paling selesa. Ikuti tip ini.

- Bila kita membuat dapur dengan menggunakan khidmat pereka dalaman. Pastikan kita telah merancangnya sebaiknya ketika rumah telah mencapai 70% siap.

- Semakin mengarah ke bentuk bujur sangkar semakin efisien ruang gerak kita di dapur


- Tentukan keperluan komponen dan alat-alat dapur yang akan dipasang dan sesuaikan penempatannya dengan situasi ruangan.

- Letakkan peti sejuk dekat pintu dapur. Sebaiknya singki tidak jauh dari tingkap. Ini supaya bahan makanan yang berbau kurang sedap cepat menghilang baunya.

- Peredaran udara pada ruang dapur sangat penting, kerana itu tempatkan alat penghisap udara tepat di tungku masak. Usahakan lubang angin cukup besar, baik di atas tingkap pintu mahu pun dinding bahagian atas, agar udara di ruang dapur tidak terperap.

.- Sebaiknya jangan meletakkan dapur berhampiran tingkap, cermin tingkap akan cepat kotor, selain tiupan angin akan mengganggu waktu memasak anda.

- Pilihlah warna dapur yang cerah agar bahan makanan dan peralatan dapur senang dicari. Warna-warna yang tidak cerah cukup sebagai hiasan sahaja.

- Bila menggunakan lampu letakkan titik lampu secara tepat pada titik aktiviti utama. Usahakan agar bias sinar lampu merata.

- Gunakan bahan bangunan dapur yang tahan goresan, tidak cepat pudar dan tahan lama, serta mudah dibersihkan.

- Bersihkanlah dan keringkan ruang dapur setiap kali selesai memasak agar dapur tetap bersih dan segar.
 
LANSKAP

mat.jpg

Redup, Selesa & Santai Dengan Pergola


Terdapat pelbagai cara untuk menghias halaman rumah. Satu cara yang kini menjadi pilihan ramai ialah mewujudkan kawasan hijau di halaman rumah dengan membina pergola. Dengan adanya pergola, ia bukan saja dapat menyejukkan rumah, tapi juga menjadikan halaman kelihatan cantik apatah lagi jika pandai menjaganya.

Mungkin selama ini anda tidak pernah terfikir untuk mengadakan pergola di rumah sendiri. Panduan di bawah mungkin dapat membantu anda membuat keputusan apabila anda ingin mengadakan pergola di halaman rumah.

1. Sekiranya anda mempunyai halaman yang luas, adalah lebih sesuai membina pergola sendiri. Cara ini akan dapat menghasilkan pergola yang sesuai dengan cita rasa dan ukuran halaman.

2. Bagi halaman kecil, pergola pasang siap yang dibeli di kedai sudah memadai. Terdapat pelbagai jenis dan reka bentuk pergola ada dijual di pasaran, dari yang semurah RM1000 hinggalah menjangkau belasan ribu ringgit.

3. Pilihlah pergola yang dibuat daripada kayu bermutu seperti cengal yang boleh tahan sehingga 10 tahun. Dalam jangka masa yang lama ini, anda boleh mengubah jenis pokok yang diletakkan untuk menampakkan kelainan.

4. Bagi penghuni pangsapuri, terdapat pergola ringkas yang tidak berbumbung, sesuai untuk mewujudkan ruang hijau di balkoni.

5. Terdapat pelbagai cara untuk menghias pergola, bergantung kepada kreativiti anda. Keindahan pergola akan terserlah sekiranya pokok-pokok yang digantung di sekeliling pergola dan hiasan taman seperti air pancur dan patung haiwan yang diletakkan kena gayanya.

6. Meletakkan pergola di halaman adalah cara terbaik untuk menyejukkan rumah. Namun anda perlu bijak melihat arah matahari dan menyesuaikannya dengan kedudukan pokok. Letakkan pokok pasuan tinggi dan pokok gantung yang besar di kedudukan yang dapat menahan kemasukan cahaya matahari.

7. Pergola turut menentukan aliran udara ke dalam rumah anda. Sebaiknya janganlah sampai pergola terlalu sarat dengan pokok-pokok besar hingga menghalang laluan angin. Jika pokok-pokok terlalu rapat, angin tidak masuk dan rumah akan menjadi panas.

8. Sebelum membeli atau membina pergola, pertimbangkan juga jenis bahan yang digunakan untuk menutup tanah. Bahan cerah seperti simen hanya akan memantulkan cahaya matahari sehingga membuatkan halaman tetap panas meskipun ada pokok. Bagi dinding luar rumah pula, gunakanlah warna-warna terang yang tidak menyerap panas.

9. Ada pergola yang dijual berserta kolam dan ada yang tidak. Sekiranya anda ingin menyejukkan halaman, sebaik-baiknya pilih yang ada kolam atau air pancuran yang dapat memercikkan titisan-titisan halus air di sekitarnya. Lebih besar kolam atau air pancuran, lebih sejuk udara di sekitar halaman.

URL:http://www.karangkraf.com/Saluran/Rumah%20Impian/default.asp?categories=RIMP2

zack.jpg

adie.jpg

lana.jpg